Thursday, January 21, 2010

Dasar Ibu Ayam



Seseorang akan mempertahankan apa pendapat atau prinsip mereka. Mereka lebih bersifat protektif apabila ada ancaman terhadap prionsip atau pendapat mereka. Dalam Islam, saudara seagama yang juga merangkap sahabat tidak boleh tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. 3 hari yang diperuntukkan ini adalah untuk memberikan masa untuk bertenang. Selepas tiga hari mereka perlu berbaik jika tidak mereka berdosa. Saya membuat analogi di sini, manusia sebagai ibu ayam, dan pendapat atau prinsip hidup kita sebagi anak ayam. Ibu ayam akan mempertahankan anak-anaknye daripada sebarang ancaman walaupun pada hakikatnya, jika tiada anak-anaknya disitu, ibu ayam itulah yang pertama kan lari. Walaupun ular, atau apa saja ancaman. Ibu mana yang tak sayang anak, kan?

Wallahualam...

2 comments:

  1. Aku berlindung dengan Allah daripada gangguan syaitan yang direjam.

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Pada mulanya saya tak berniat untuk memberi komen terhadap entri ini kerana saya terasa bahawa entri ini ditujukan kepada saya. Jadi syaitan akan mengapi-apikan saya pada hujung nanti, kerana itu saya berlindung dari gangguan syaitan. Namun, fikiran kedua saya pula memerlukan saya untuk memberi komen untuk menjelaskan salah faham yang berlaku. Apa yang tuan anggap itu salah faham sebenarnya. Saya tak berniat untuk bermusuh pun. Malah, saya berdiam diri agar tidak menimbulkan sebarang kemudaratan. Pertama-tama sekali, saya berterima kasih kerana tuan mentertawakan saya tentang isu minggu lepas. Pada mulanya memang saya kecewa dan berkecil hati. Tapi kini saya bersyukur dengan isu tersebut. Saya mendoakan kebaikan tuan di dunia dan akhirat. Sejurus selepas insiden tersebut, saya mengadu kepada bapa saya. Ya, memang saya sering mengadu masalah dakwah saya kepada bapa saya kerana dia penasihat saya. Dia lebih tenang menangani emosi saya yang sedang bergelora. Saya anjurkan tuan baca entri terbaru blog saya untuk mengetahui solusi-solusi yang diutarakan bapa saya. Entri tersebut saya banyak 'copy' dan 'paste' sahaja, kerana ia adalah sedutan pendapat bapa saya. Sebagaimana yang tuan tahu, saya tak ambil peduli tentang wang, harta, pangkat, sijil mahupun wanita. Kalau dapat rezeki itu, saya bersyukur, tapi kalau tak dapat, pun saya bersyukur. Sebab itulah Allah menguji saya dengan kesenangan ini. Supaya orang lain berasa tak senang hati dengan kesenangan saya ini. Kalau saya ditakdirkan hari-hari menjamah roti sahaja pun saya bersyukur asalkan tak kebuluran kerana kekenyangan itu adalah benih nafsu. Bapa saya juga yang menganjurkan berdiam diri kerana saya memang tak suka bercakap tentang isu yang bukan isu-isu yang berat. Tuan tak perlu khuatir kerana dengan saudara syfull, fazli dan firdaus pun saya tak banyak bercakap. Dengan syfull sahaja yang selalu saya berkata-kata dengannya. Itupun kerana dia hanya pendengar sahaja. Tidak membantah atau menyetujui apa yang saya katakan meskipun kadang-kala ia bercanggah dengannya. Oleh itu bapa saya menganjurkan saya untuk berdiam diri kerana syaitan sedang bertenggek di emosi saya. Emosi saya adalah kelemahan saya. Oleh itu, itulah point syaitan untuk menghasut saya. Alasan emosi pada jalan yang benar juga tidak betul. Jadi, untuk keselamatan, baiklah saya mendiamkan diri sahaja. Saya juga pernah tercuri baca kitab bapa saya, ada menyebut: janganlah berkata-kata bila engkau ingin berkata-kata, berkata-katalah bila engkau ingin diam. Sebab itu bila ada masa saya tak menyetujui tuan, saya akan mendiamkan diri. Bapa saya juga menasihati saya agar berdakwah melalui teladan. Sebab itu saya berterima kasih kepada tuan kerana kini saya makin cuba perbaiki diri dan kualiti ibadat saya. Walaupun saya tahu belum mencapai ke tahap yang memuaskan, tapi saya akan terus berusaha dan dengan harapan akan terbuka hati tuan untuk memperbaiki ibadat tuan. Saya tahu, saya gembira dan lega melihat tuan turut ke surau untuk subuh berjemaah. Namun, saya belum boleh lega lagi kerana saya masih belum istiqamah untuk subuh berjemaah. Jadi saya akan cuba lagi baiki lagi diri saya. Iman saya masih nipis, saat pertama membaca entri ini, berderau darah saya membacanya, namun saya kuatkan hati untuk menerangkan kepada tuan dengan sehemah yang boleh kerana saya tak suka salah faham ini. Saya juga tahu tentang hadis diatas. Ada dalam buku "bercinta dengan Allah" saya. Nampaknya itu sahaja rasanya penjelasan saya, andai tuan membalas komen ini, saya hanya akan membaca, tapi tak akan membalas...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Lupa nak tambah, lagipun tuan belum dapat faham apa yang cuba saya katakan...kerana tuan nampak kerak sahaja, tuan belum nampak isinya lagi...makanya, sia-sia sahaja apa yang cuba saya sampaikan, saya kata maksud ini, tuan maksudkan yang lain...tak mengapa, Insya-Allah, suatu hari nanti tuan akan faham...

    ReplyDelete